Monday 10 December 2012

Usrah Penyatu Ummat

Assalamualaikum wbt. salam ukhwah semua. setelah sekian lama nur tak update blog nur nie, hemm. act, buzy manjang. tak tahu la. internet buat hal, ada saja halangan. tapi tak mengapa, Alhamdulillah, malam nie, baru balik kampung nur kat Terengganu, sempat juga nak update tajuk baru berkaitan dengan kita semua ummat Islam. In Shaa Allah. :)


okayy, tajuk kita hari ini adalah Usrah Penyatu Ummat. ha, nak tahu apa itu usrah? yang kita sedang jalankan nie pun usrah jugak. kalau macam kita sentiasa upgrade diri kita dengan ilmu-ilmu Islam, setiap hari ambil tahu tentang ilmu-ilmu baru, usrah juga. usrah nie seperti kita charged diri kita, macam handphone tu, kena sentiasa dicas. ha macam itulah kita. sebab kita ini manusia biasa, kita akan lemah, iman kita belum teguh, jadi libatkan lah diri kalian semua. macam nur pun, setiap minggu pergi usrah, tapi bila dah dua tiga hari tak pergi, timbul juga perasaan malas tu. ha masa tu, syaitan memang suka lah nak hasut-hasut kita. so, kita kena kuatkan diri, teguhkan iman. pengalaman nur, nur ada pergi kem dakwah di segamat. ada sorang akak nie, dia kata, dekat universiti, dia pergi usrah dan nama usrahnya adalah Usrah Perindu. katanya, dia sentiasa rindukan usrah dan sahabat-sahabat usrah. maksudnya, ukhwah mereka sangat kuat! so, kita kena jadi macam tu juga okay. ^_^ emm, sedikit sebanyak yang nur tau, nur akan kongsikan lagi In Shaa Allah. sekian, Assalamualaikum wbt. semoga kita sentiasa dalam rahmat-Nya.

Tuesday 2 October 2012

Kematian Pasti Akan Tiba

Assalamualaikum wbt .
hai semua . alhamdulillah , bersyukurlah kalian dan nur juga bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi Allah yang sangat indah . kematian masih belum menjemput kita . sebagai manusia biasa , sepatutnya kita merendah diri kepada-Nya kerana hanya Dia yang menentukan segalanya . :)

hari ini , kita akan kupas tajuk tentang kematian . semua orang tahu pasal mati . tapi ada juga yang belum tahu secara terperinci . baiklah , di sini , nur akan cuba memberi kesedaran agar semua manusia lebih beringat , insyaAllah .


semua akan merasa mati . ikutkan hati , nur tak nak . nur takut sangat . nur takut kematian akan tiba cepat dekat nur . ingatlah , sakaratul maut itu sakit . tetapi insyaAllah , selagi kita taat pada Allah , mungkin Allah akan kurangkan kesakitan kita . tetapi , bolehkah ? kerana kita hanya manusia biasa . nabi Muhammad yang cukup sempurna itu juga merasakan sakit ketika nyawanya di tarik oleh malaikat sedangkan malaikat telah cuba untuk tidak menyakiti baginda . apatah lagi kita ? nauzubillah . masyaAllah , nur takut . sesiapa yang masih cenderung melakukan dosa besar dan sebagainya , berhentilah . kerana korang tak takut ke kalau ketika korang sedang berzina , tau derhaka pada ibu bapa , atau pada suami , nyawa anda di tarik di situ . ya Allah , sempat ke nak memohon maaf ? tak , tak sempat . jangan sampai dosa kita itu menyebabkan kita di tarik dan di campak ke neraka dan di siksa di kubur . nur juga pernah melakukan dosa , nur juga tidak sempurna , semua orang tidak sempurna . tetapi ingat , kita tidak mampu menjadi orang yang baik tetapi kita semua kena yakin bahawa kita mampu menjadi lebih baik daripada sebelum ini . insyaAllah . :')

Friday 21 September 2012

Amalan Bersedekah

Assalamualaikum wbt kepada seluruh umat manusia . :) selamat sejahtera . apa khabar semua ? semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat dan bahagia di sisi keluarga tersayang . nur di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan semua saudara nur . nur tak akan lupa . nur harap hari-hari kalian menjadi hari yang indah setelah terbukanya hati kalian untuk mendekati-Nya dan membaca blog nur yang tak seberapa ini . takpe , ilmu yang sedikit juga perlu dikongsi bersama .
baiklah , tajuk kita hari ini adalah tentang Amalan Bersedekah :


haa ~ nampak tak tu . betul tu . emm ok . act , tak semua sedekah perlu menggunakan wang . sedekah tak perlu tunggu kita kaya pun . mungkin ramai yang dah tahu pasal nie . tapi nur saja nak beri peringatan dan nasihatkan pada orang lain semula . tak salah kita mengingati kan ? :)
ok , senyum sekarang ~ haa senyum pun sedekah . sebab cuba fikir logik laa ea . bila kita senyum , orang pun akan senyum balik pada kita , insyaAllah . orang akan senang hati lihat kita senyum pada dia . maksudnya , kita menyenangkan hati orang lain . haa dapat pahala lagi . Allah sayang kita kan ? asik bagi kita pahala je . asik nak bagi ganjaran kat kita je walaupun perkara yang kita buat tu just perkara yang senang . :) haa kan dah terbukti jelas dan nyata bahawasanya Allah amat menyayangi hambanya . ok , kalau kita bersedekah duit pun boleh . tak kira la walaupun 10sen , tapi sambil kita masukkan dalam tabung derma tu kita mendoakan , dan kita ikhlas , insyaAllah ganjaran besar akan Allah bagi sebab 10sen tu la pelengkap rm1 kan ? takde 10sen , tak lengkap rm100 . kalau kita beli barang kat pasaraya yang takde diskaun tu , sayur rm3.99 pun , tak cukup 10sen tetap tak dapat . haa tu la ibaratnya . :) ok faham ? alhamdulillah . ok bagaimana pula kita bersedekah dengan doa ? pun boleh juga ~ jangan risau . apabila kita mendoakan kesihatan atau kesempurnaan hidup seseorang itu , kita juga dapat pahala bersama . dan apabila doa kita termakbul ataupun belum termakbul , kita tetap dah bersedekah doa yang ikhlas untuk dia . macam tu la maksudnya . tapi , kalau Allah dah beri rezki lebih , cabutan bertuah dapat sejuta ke , kan lebih baik kita bersedekah dengan jumlah yang lebih besar . akan lebih meringankan beban seseorang . tapi ingat , jangan menunjuk-nunjuk . biar Allah je yang tahu . itu lebih baik dan bermakna . :)
assalamualaikum wbt ~

Sunday 16 September 2012

Hidayah Allah

Assalamualaikum...
Salam ukhwah kepada seluruh umat manusia especially yang rajin LIKE atau baca post nur kat blog Terima Kasih Allah nie . blog ini hanya untuk mengingatkan saudara-saudara nur tentang redha-Illahi k . ;) hee ~ ok , tajuk kita hari ini adalah 'Hidayah Allah' yang umumnya semua orang tau bahawa hidayah Allah itu akan datang kepada umatnya yang terpilih . tapi nur nak jelaskan dengan lebih terperinci lagi tentang tajuk nie .


ok , memang benar , hidayah itu akan datang pada orang yang terpilih . tapi adakah bermaksud kita tak perlu mencari ? cari dan kejarlah hidayah Allah dengan cara berdoa dan beramal soleh . sejahat mane pun kita , kita berhak disayangi oleh Allah . meh sini nak share sikit cerita nur . dulu nur nie biasa saja , tak baik sangat pun . suke berhias , kadang2 berasa riak . tapi , nur rasa hidayah Allah itu sampai pada nur masa Ramadhan 2012 . bukan dengan mimpi , tapi nur pun tak tau nak explain macam mane . act , macam rasa sendiri dari hati nur . nur sorang saja dapat rasa keindahannya . mungkin sebab nur doa ~ ' ya Allah , berilah aku hidayah-Mu , sesungguhnya aku mengharap cinta-Mu dan bimbinglah aku agar aku sentiase di dalam jalan menuju keredhaan-Mu ' . tak kira kamu semua doa simple saje pun boleh . Allah akan dengar doa hamba yang perlukan pertolongan je . keterlanjuran dosa kita , insyaAllah akan di ampun . tuhan itu Maha Penyayang . jangan risau . :) tapi , kena sungguh-sungguh la doa . dan cubalah luahkan masalah atau ingat balik dosa-dosa kita pada-Nya . mengadulah pada Allah sesungguh Dia Maha Mendengar . sujudlah di atas tikar sejadah itu . insyaAllah Allah membantu kita dan merahmati kita . nur dah merasakan manisnya perhatian Allah pada nur . kamu semua juga akan merasakannya dengan keikhlasan . insyaAllah . :) jangan hiraukan apa orang cakap tentang perubahan kita dan cacian mereka . percayalah , Allah sedang menguji .
assalamualaikum .

Monday 3 September 2012

Syarat Bertudung

Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup dan menjalani kehidupan kita seperti biase.. insyaAllah , hari ini kita akan dapat sedikit ilmu tentang syarat pemakaian tudung.. haa nur baru lepas dengar ceramah Ustaz Don tadi.. kenal kan ? best kan dia bagi ceramah ? hehe.. ok.. then nur tertarik nak post pasal ini kat blog , untuk beri ilmu juga kepada kaum-kaum hawa , saudara Islam nur..


ha ok.. ini sebagai contoh.. heliza adalah salah seorang wanita yang berkaliber dan baik cara pemakaiannya.. tapi dalaman dia tetap Allah saja yang tau.. takpe , insyaAllah kita masih boleh contohi keperibadiannya dan pemakaiannya.. baiklah , hari tu , nur dengar ceramah daripada Ustaz Don..
http://www.youtube.com/watch?v=2vrxzIOWYbU

haa , takkan tak kenal kot.. best ustaz nie , kelakar.. ehhem , dia terangkan tentang syarat bertudung.. so , hari ini nur nak ulas pasal syarat bertudung.. apa gunanya kalau kita pakai tudung tetapi pendek , tidak lepas paras dada , nampak leher , nampak bentuk bahu , bersanggul tinggi dan sebagainya ? ok.. ade 4 syarat bertudung.. salah satunya adalah labuh/menutupi.. maksud di sini adalah tudung kita sepatutnya paras bawah dada kita.. *lihat gambar*

tutup la barang-barang wanita itu.. jangan memalukan kaum wanita.. kerana wanita boleh menaikkan ghairah lelaki.. kenapa perlu tunjuk ? jangan , jangan tunjuk-tunjukkan ye.. malu.. kalau menutupi , nampak lebih sopan dan ayu.. macam orang cakap 'sedap mata memandang'.. dan pasti terjage aurat terutamanya terjaga dada kita.. ok? :)

ok , seterusnya , terselindung.. maksud terselindung di sini adalah tudung yang dipakai itu sepatutnya tidak jarang.. beli la kain yang lebih tebal.. jangan beli macam jala nak buat tangkap ikan tu ye.. cube pakai yang lebih terselindung , insyaAllah terjaga aurat kita.. :)

then , tudung itu mestilah longgar.. jangan ketat nampak bentuk telinga tu.. haa telinga itu kan aurat kita.. termasuk sanggul kita.. sekarang trend ketat kat bahagian sanggul kan? haa kalau la rambut tu panjang , tak salah , jangan la makin naik-naikkan rambut tu , kasi sanggul tu tinggi.. ok?

seterusnya , tudung itu mestilah terletak di atas dada kita.. maksud di atas dada bukan kat bawah leher tu.. tapi tutup dada kita dan hujung tudung itu paras pusat kita.. ok , itulah pemakaian tudung yang sebenar.. takpe , jangan risau , kalau rasa susah nak berubah ke arah ini , jangan terlalu drastik.. slow-slow je , asalkan kita ikhlas ye.. itu lebih baik.. :)
assalamualaikum wbt..

Friday 24 August 2012

Mengapa Islam Dihina ?

Assalamualaikum wbt. wahai rakan rakan yang sudi melawat blog nur yang tak seberapa ini.. alhamdulillah syukran kepada Allah SWT yang kita cintai , kerana masih membuka hati kita untuk mendekati Nya dengan pelbagai cara sama ada baca blog nur nie , ataupun baca buku buku agama.. semua itu permulaan yang bagus.. :)

Baiklah , tajuk nur hari ini agak menyayat hati.. Nur baru terbaca satu gambar kat facebook.. masyaAllah ! tak sangka Islam dihina secara umu sebegini rupa.. nabi kita yang teragung juga dihina sebegitu.. nur tak boleh nak berdiam diri macam ini.. nur rase tak patut.. nak nangis bace gambar tersebut :


gambar ini daripada facebook.. kejam kan? kalau wanita ini bukan beragama Islam , sepatutnya dia hormat agama lain.. ya Allah ! nur rase macam nak nanges baca benda macam ini.. Nabi Muhammad SAW berkahwin lebih daripada seorang wanita bukan kerana nafsu seks !!! tetapi Nabi Muhammad SAW yang berhati sangat mulia ingin membela nasib wanita.. baginda sangat menjaga wanita.. baginda sangat suci hatinya.. dan Islam pula bukan agama sesat !!! Islam agama yang sangat indah.. nur benar benar kecewa dengan perkara ini.. harap ada yang ambil tindakan atas apa yang telah berlaku.. nur rase , jika wanita ini mengkaji al-Quran , pasti dia akan mengerti dan mendapat jawapan yang sebenar.. dalam al-Quran terdapat semua jawapan kepada kemusykilan kita dan semuanya telah termaktub di dalam kitab suci tersebut..

Jangan risau.. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.. jangan kita membuat apa apa spekulasi atas wanita ini.. kita hanya mampu berdoa.. nur harap Allah menunjukkan kekuasaanNya dan memberi hidayah kepada wanita ini.. semoga Allah SWT membuka pintu hati wanita ini untuk menerima Islam dan menghormati agama lain malah memohon ampun atas apa yang berlaku.. Allahu Akhbar!! 

Tuesday 7 August 2012

Agama Yang Indah...

Assalamualaikum w.b.t :)

hai pembaca blog ku.. ok , hari nie aku nak bercerita tentang tajuk di atas tu.. "Agama Yang Indah"? maksudnye ape? hem.. ok meh cini dekat cikit.. nak cerite nie.. haa agama yang indah bagi aku adalah Islam.. :') korang nak tau kenape? ok..


cube kite renungkan sejenak..
siape yang bagi kite rezki , siape yang hidupkan kite sehingga sekarang ? semuanye Allah.. kite je kadang2 tak sedar.. ok , dan agame kite pula agame Islam.. iaitu agame yang aman , tenang , tidak memakse , mudah dan penuh dengan keberkatan.. tak percaye ? ok.. nak bukti ? ok-ok.. pernah ke Islam pakse orang bukan Islam untuk masuk Islam ? tak kan ? pernah ke Islam hukum orang yang tak bersalah dengan melulu ? tak kan ? haa sekarang fikirkan k.. sebab Islam nie mudah.. bagi orang bukan beragame Islam , kite juga hormati.. kite hormat agame masing-masing.. Islam tak pernah memakse.. bergantung pada individu masing-masing.. tapi bagi yang Islam , tapi tidak menutup aurat , insaf lah.. kerana cube anda fikir , sepatutnye anda bersyukur kerana anda telah lahir ke dunia nie dalam keadaan anda Islam.. fikir lah... mengapa Allah meletakkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang kite lakukan ? haa itu lah namenye KEADILAN.. Allah itu Maha Adil.. takkan orang membunuh , nak hukum tarik telinge je ? dan yang merogol , hukum denda duit je ? tak adil kan ? ape nasib keluarge mangse yang di bunuh tu ? dan ape nasib mangsa yang dmi rogol tu ? fikir lah kalau anda di tempat mereka.. hem.. ingat lah.. setiap ape yang kite lakukan , Allah sentiase memerhatikan kite.. setiap ape yang kite perlukan , mintalah pada Allah dan yakinlah Allah akan memberi.. dengan itu , insyaAllah kite akan peroleh.. bak kate ustaz aku : setiap ape yang kite ade , itu bukan milik kite.. itu milik Allah.. dan jangan sedih jika kite kehilangan orang atau barang yang kite sayang kerana pasti ade yang lebih baik yang Allah nak berikan pada kite.. mungkin rezki yang melimpah , atau kebahagiaan , kejayaan.. wallahu a'lam.. assalamualaikum.. :)